Kebanyakan ibu-bapa, pihak sekolah dan masyarakat secara am menghadapi masalah dalam membantu anak-anak menempuh suasana di alam persekolahan rendah dan menengah. Sehinggakan sebilangan pelajar terpesong dan sanggup melakukan sesuatu perkara yang di luar tabii. Masalah yang telah lama menular ini adalah satu penyakit masyarakat yang kronik dan kurang mendapat perhatian yang khusus.
" Berikut adalah senarai masalah-masalah pelajar yang sangat biasa di kalangan pelajar di Malaysia:
1. Malas
2. Kurang atau tidak menjiwai hikmah beragama
3. Tidak memberi tumpuan dalam kelas
4. Ponteng kelas
5. Tidak siap kerja sekolah
6. Tidak tahu menilai dan tidak tahu menguruskan masa
7. Kurang berdisiplin
8. Salah pilih kawan
9. Rasa tiada harapan dan masa depan
10. Tidak tahu strategi belajar
12. Pengurusan diri yang lemah
13. Mudah dipengaruhi rakan sebaya
14. Terlalu suka berseronok
15. Gemar bermain permainan TV dan komputer
16. Tiada keyakinan diri
17. Terperangkap dengan cinta monyet
18. Masalah keluarga yang berpecah belah
19. Ibu bapa tak mengambil berat
20. Masalah kemiskinan
21. Melepak dan buang masa
22. Merokok, ganja, pil khayal dan sebagainya
23. Lumba haram dan merempit
24. Terlalu manja
25. Guru Lepas tangan
26. Kurang motivasi diri
27. Tiada kesedaran mengenai kepentingan pelajaran
28. Gangsterisme
29. Wang saku yang terlebih dari yang diperlukan
30. Kawan sabotaj
31. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat
32. Malu, takut dan berani tak bertempat
33. Sengaja gagalkan diri atas alasan peribadi
34. Tidak terurus dan selekeh
35. Terlalu asyik melayari internet dengan membuka lawan web yang tak berfaedah
Kita tidak mungkin mampu untuk menyelesaikan semua masalah ini tetapi apabila pelajar fokus dengan kekuatan dirinya, semua masalah di atas dapat di atasi dengan serta merta! " - Di petik dari buku Motivasi Alihan Pelajar
Setiap individu di dalam masyarakat WAJIB memainkan peranan dalam menangani masalah di kalangan pelajar. Tumpuan yang lebih mesti di berikan oleh ibu bapa, guru-guru dan pelajar itu sendiri kerana remaja hari ini menggambarkan situasi masyarakat akan datang. Jika kita tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, sedarlah bahawa kita telah menyumbang kepada kehancuran masyarakat kelak. Jadi, bukalah mata dan renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment