دور الطلاب في تكوين الالتئام الوطني
Peranan pelajar dalam membentuk perpaduan negara
Mengikut pandangan kami, tidak syak dan tiada keraguan sesungguhnya negara kita malaysia sebuah negara yang aman harmoni, sejahtera, bahagia. Sesungguhnya keamanan ini hasil daripada perpaduan negara. Anak-anak watan yang terdiri daripada berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain hidup dengan aman, gembira dan bahagia. Rakyat malaysia hidup dalam keadaan saling bertolak ansur, saling memahami dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Sesungguhnya para pelajar juga dapat memainkan peranan mereka untuk mengekalkan perpaduan negara di negara kita yang tercinta. Seorang pelajar hendaklah bergaul dengan pelajar lain sama ada melayu, cina, india atau sebagainya dengan pergaulan yang baik.Para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum belajar, berbincang dan mengulangkaji bersama-sama. Fenomena ini akan melahirkan masyarakat penyayang di sekolah dan akan melahirkan perpaduan serta kesatuan yang kuat di kalangan pelajar.Para pelajar juga hendaklah menghindarkan diri dari sangka buruk dan hasad dengki terhadap pelajar lain. Akhlak yang buruk ini akan membawa kepada benci membenci dan permusuhan. Perkara ini akan membawa kepada perpecahan dan perpecahan akan membawa kepada kelemahan ummah.
Di samping itu juga, pihak sekolah juga perlu mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar pelbagai kaum. Mereka akan bekerja, membantu dan tolong-menolong di antara satu sama lain untuk memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai di antara satu sama lain. Kesimpulannya kita hendak berasa bangga dan gembira dengan perpaduan negara yang kuat di negara kita. Kita juga hendaklah berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kebahagiaan tanahair kita melalui perpaduan negara. Sesungguhnya perpaduan negara merupakan syarat utama untuk kebahagiaan rakyat malaysia.

No comments:
Post a Comment